UNIT KAJIAN APLIKASI

Merancang aktiviti sub-unit dalam melaksanakan aktiviti berkaitan penyelidikan.  Merancang dan mengurus perbelanjaan kewangan sub-unit.  Melaksanakan penyelidikan berkaitan dengan sistem pendidikan politeknik.  Menjalankan kajian 'New Programme Need Analysis'' bagi Niche Area dan program baru Politeknik.  Menjalankan aktiviti Kajian Aplikasi.  Menganjurkan seminar di peringkat politeknik/zon dan nasional bersama JPP.  Mengadakan kolaborasi dengan institusi penyelidikan tempatan/luar negara.

Baru-baru ini telah menjalankan satu kursus berkaitan penulisan kajian tindakan.  Sebenarnya kursus ini adalah sambungan dengan kursus yang pertama dahulu.  Ianya berkaitan dengan teknik menulis kajian tindakan.  Encik Saifuddin Kumar Abdullah dari Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah dijemput untuk menyambung kursus ini.  Kursus ini berlangsung selama 3 hari.  Objektif kursus ini adalah untuk menghasilkan satu kajian lengkap berkaitan kajian tindakan di kalangan pensyarah.   Sambutan amat menggalakkan.  Walaupun dikekangi dengan jadual pengajaran pembelajaran, pensyarah masih lagi berusaha menamatkan penulisan ini.  Di akhirnya nanti di harap kajian dapat dibentangkan di hujung tahun ini.  Insyaallah!  Mudah-mudahan usaha ini akan berhasil untuk meninggikan lagi mutu penulisan pensyarah.