Monday 11 April 2011

ANUGERAH AKADEMIK NEGARA

Pencalonan Anugerah Akademik Negara 2010 Kini Dibuka
PUTRAJAYA: Pencalonan bagi Anugerah Akademik Negara (AAN) 2010, iaitu anugerah tahunan yang memberi pengiktirafan kepada ahli akademik Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing, kini dibuka.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Dr Rujhan Mustafa berkata, calon-calon berwibawa dalam bidang masing-masing dan mencapai kejayaan utama sepanjang tahun lepas, boleh mula membuat permohonan untuk dicalonkan ke anugerah itu.
Beliau berkata, enam kategori anugerah yang ditampilkan ialah Anugerah Tokoh Akademik Negara; Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal; Anugerah Penerbitan Buku; Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk; Anugerah Seni dan Kreativiti; dan Anugerah Pengajaran.
"Bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara, ia berdasarkan kepada pencapaian dan sumbangan kumulatif calon semasa dan selepas kerjaya akademik masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Menurutnya, penilaian bagi setiap kategori akan dilakukan oleh satu jawatankuasa pemilih yang dianggotai oleh pakar-pakar dari institusi pengajian tinggi, tokoh-tokoh dari sektor swasta dan individu-individu yang pakar dalam bidang masing-masing.
Dr Rujhan berkata, hasil penilaian jawatankuasa itu, calon-calon yang layak akan dikemukakan kepada jawatankuasa induk AAN 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi untuk diteliti dan seterusnya diperakukan kepada menteri pengajian tinggi.
Beliau juga berkata, hanya pencalonan yang mencapai markah sekurang-kurangnya 75 peratus sahaja akan ditimbang sebagai pemenang.
Katanya, pemenang bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara akan menerima hadiah wang tunai RM80,000 beserta trofi dan sijil manakala pemenang-pemenang bagi kategori lain menerima wang tunai RM20,000, trofi dan sijil dalam majlis yang akan diadakan sekitar Julai yang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya lagi, pihak kementerian telah menerima lebih banyak penyertaan daripada tahun ke tahun sejak AAN dimulakan lima tahun lepas.
Maklumat dan borang permohonan AAN 2010 boleh dapati menerusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi http://www.mohe.gov.my/aan2010, dan borang permohonan perlu sampai kepada urusetia selewat-lewatnya pukul 5 petang pada 24 Mei ini.

Tuesday 5 April 2011

CONTOH MENULIS REFLEKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.  Tuliskan satu sahaja perkara yang boleh diperbaiki/kekurangan yang anda sendiri alami semasa mengajar

2.  Jelaskan bisikan hati anda untuk mengulas masalah/kekurangan di atas dan tuliskan punca mengapa masalah itu timbul pada diri anda

3.  Tuliskan kesedaran anda terhadap masalah/isu dan kesannya ke atas kualiti kerja/falsafah diri anda sebagai seorang pensyarah

4.  Beri 2 cadangan cara bagaimana anda sendiri boleh perbaiki kelemahan anda itu

5.  Tuliskan satu tindakan segera yang anda akan ambil


Rubriks Menilai Refleksi

1.  Mempunyai hanya 1 langkah refleksi                                                  1 markah
2.  Mempunyai hanya 2 langkah refleksi                                                  2 markah
3.  Mempunyai hanya 3 atau 4 langkah refleksi                                        3 markah
4.  Mempunyai 5 langkah dan ciri-ciri Falsafah dan wawasan diri             4 markah

CONTOH CATATAN REFLEKSI PENSYARAH BARU

Berikut ini adalah contoh satu catatan refleksi seorang pensyarah baru.  Nak tambah ilmu MEMANG KENA BANYAK MEMBACA.  Selamat membaca!



Saturday 2 April 2011

Penulisan Refleksi P&P

Baru-baru ini semua pensyarah dikehendaki untuk membuat pelaporan refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang baru diwujudkan di PMK.  Tujuan laporan refleksi ini adalah untuk membuat penambahbaikan dalam proses p&p yang dilaksanakan.  Borang untuk penulisan ini telah pun diserahkan kepada Ketua Jabatan masing-masing.  Ini boleh dicapai melalui e-document PMK.  Namun isunya ialah 'bagaimana kita boleh menulis refleksi itu dengan penuh makna?'

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu 'Executive Talk' yang dianjurkan oleh UTeM bertajuk 'Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran'.  Banyak maklumat yang diperolehi hasil daripada pembentangan yang dilakukan oleh PM Dr Hanipah Hussin. Saya cuba menulis berdasarkan pengalaman sepanjang sesi tersebut secara ringkas.  Saya juga menggunakan buku rujukan yang dibeli ketika sesi tersebut.  Secara peribadi saya katakan di sini bahawa ianya sangat-sangat berguna.  Sekiranya ada dikalangan pensyarah berminat untuk mengetahui lebih mendalam bolehlah menghubungi saya di Unit Pengurusan Pengetahuan UPIK.

Format ini mungkin boleh digunakan sebagai panduan.  Mungkin ada antara kita yang merasakan ini semua menambah kerja, namun percaya lah tak semua orang boleh melakukan refleksi dengan cara yang bersahaja.  Ini adalah sebagai panduan cara kita berfikir untuk membuat refleksi.  Tak salah kalau saya nak berkongsi ilmu di sini, bukan?  Dan tak salah kalau nak mencuba.  Sekiranya boleh digunakan silakan sahaja. 

Yang paling penting ianya bukan sahaja berguna dalam P&P malah ini juga boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.  Urusan hal pendidikan anak-anak, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Hidup adalah satu proses pembelajaran.  Untuk berubah kita perlu buat perubahan dalam diri kita dulu, barulah perkara lain akan berubah.   

CONTOH FORMAT MENULIS REFLEKSI P&P

1.  Perkara yang boleh saya perbaiki/improvement matters

Saya dapati.....
Kesannya terhadap P&P saya ialah....
Saya faham sepatutnya...

2.  Bisikan Hati/Emosi/Perasaan/self talk-dialogical reflection/nyala rasa
Saya rasa....
Saya percaya....
Saya yakin...

3.  Kefahaman baru/kesedaran/new understanding/new knowledge (transformation)
Saya sedar...
Saya belajar...
Saya terpanggil...

4.  Cadangan/suggestion
Saya bercadang...
Saya mahu...
Saya harus...

5.  Tindakan akan datang/rancangan memperbaiki keadaan/future action (YANG SAYA BOLEH BUAT)
Saya akan lakukan...