Saturday 2 April 2011

Penulisan Refleksi P&P

Baru-baru ini semua pensyarah dikehendaki untuk membuat pelaporan refleksi pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang baru diwujudkan di PMK.  Tujuan laporan refleksi ini adalah untuk membuat penambahbaikan dalam proses p&p yang dilaksanakan.  Borang untuk penulisan ini telah pun diserahkan kepada Ketua Jabatan masing-masing.  Ini boleh dicapai melalui e-document PMK.  Namun isunya ialah 'bagaimana kita boleh menulis refleksi itu dengan penuh makna?'

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu 'Executive Talk' yang dianjurkan oleh UTeM bertajuk 'Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran'.  Banyak maklumat yang diperolehi hasil daripada pembentangan yang dilakukan oleh PM Dr Hanipah Hussin. Saya cuba menulis berdasarkan pengalaman sepanjang sesi tersebut secara ringkas.  Saya juga menggunakan buku rujukan yang dibeli ketika sesi tersebut.  Secara peribadi saya katakan di sini bahawa ianya sangat-sangat berguna.  Sekiranya ada dikalangan pensyarah berminat untuk mengetahui lebih mendalam bolehlah menghubungi saya di Unit Pengurusan Pengetahuan UPIK.

Format ini mungkin boleh digunakan sebagai panduan.  Mungkin ada antara kita yang merasakan ini semua menambah kerja, namun percaya lah tak semua orang boleh melakukan refleksi dengan cara yang bersahaja.  Ini adalah sebagai panduan cara kita berfikir untuk membuat refleksi.  Tak salah kalau saya nak berkongsi ilmu di sini, bukan?  Dan tak salah kalau nak mencuba.  Sekiranya boleh digunakan silakan sahaja. 

Yang paling penting ianya bukan sahaja berguna dalam P&P malah ini juga boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.  Urusan hal pendidikan anak-anak, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Hidup adalah satu proses pembelajaran.  Untuk berubah kita perlu buat perubahan dalam diri kita dulu, barulah perkara lain akan berubah.   

CONTOH FORMAT MENULIS REFLEKSI P&P

1.  Perkara yang boleh saya perbaiki/improvement matters

Saya dapati.....
Kesannya terhadap P&P saya ialah....
Saya faham sepatutnya...

2.  Bisikan Hati/Emosi/Perasaan/self talk-dialogical reflection/nyala rasa
Saya rasa....
Saya percaya....
Saya yakin...

3.  Kefahaman baru/kesedaran/new understanding/new knowledge (transformation)
Saya sedar...
Saya belajar...
Saya terpanggil...

4.  Cadangan/suggestion
Saya bercadang...
Saya mahu...
Saya harus...

5.  Tindakan akan datang/rancangan memperbaiki keadaan/future action (YANG SAYA BOLEH BUAT)
Saya akan lakukan...

No comments:

Post a Comment